Aku ngan papit dah lama bincang pasal nak buat os untuk firewall box.. tapi takde laa build OS itself tapi more on linux from scrath concept.. papit dah berjaya buat linux bootdisk iaitu
krazhbox so kepada sesiapa yg nak try bleh laa download kat situ.. aku plak nak cuba applykan
CRUX punya concept dan architecture kat cruxbd aku setakat ni dah berjalan.. cuma aku ada minor problem jer sket lagi.. insyaAllah seminggu dua lagi siap laa kut..
Tapi CRUXWALL pulak adalah Linux yg mmg khusus untuk kegunaan nak setup instant firewall.. Distro ni (bleh panggil distro ke) kira modified distro lerr... berasaskan kepada CRUX 2.0, kenapa CRUX, sebab aku rasa cara configuration die mmg simple.. bersesuaian dgn moto die nak buat lightweight distro
"CRUX is a lightweight, i686-optimized Linux distribution targeted at experienced Linux users. The primary focus of this distribution is "keep it simple", which is reflected in a simple tar.gz-based package system, BSD-style initscripts, and a relatively small collection of trimmed packages. The secondary focus is utilization of new Linux features and recent tools and libraries. CRUX also has a ports system which makes it easy to install and upgrade applications."
Apa Ciri-ciri dan Pakej yg ada pada CRUXWALL:
- 1 - rp-pppoe
- 2 - iptables
- 3 - apache
- 4 - openssh
- 5 - awdwall(shorewall webinterface tapi masih dlm ujikaji)
Tapi buat masa ni hanya untuk arch i686 sahaja, dimana ianya support untuk celeron, pentium2, pentium3,pentium4 sahaja. i386, i486, i586 tak support lagi.. cuma aku nak nasihatkan distro ni tak digalakan bagi mereka yg baru berjinak2 dengan linux, cara nak install aku rasa cukup senang tapi nak managekan susah sket.. sebab ni test version.. aku publish ni pon sebab nakkan feedback dari rakan2Semalam aku cuba uploadkan source cruxwall ke sf.net supaya papit bleh donload kat situ.. tapi ada problem... ntah apa masalahnya.. so aku terpaksa laa donload kat tempat lain... so aku dah uploadkan source dia..
Cara nak install cukup senang:
- 1 - download krazhbox bootdisk, tujuan untuk bootinstallation process
- 2 - download CRUXWALL Beta version 0.1-2.0
- 3 - burnkan src CRUXWALL Beta version 0.1-2.0 dalam cd(guna window pon bleh.
- 4 - masukkan krazhbox bootdisk, dan power on kan pc korang.
- 5 - bila dah siap login, buatkan 2 partition, minimum saiz hardisk adalah 100mb.. hehe tapi skang mana nak dapat dah..
- type command fdisk /dev/hdX (X merujuk kepada hard disk korang) normally hda, pertama createkan swap partition size lebihkurang 64-245mb, kedua / (toplevel directory) adalah selebihnya,, !!PERHATIAN.. itu cara senang nak install kalau korang nak buat lebih dari 2 partition bleh jerk.. antara partition yg digalakkan korang buat /usr /var -- size.. ikut suka korang lerr..
OK!! bila dah siap buat partition masa untuk formatkan ia menjadi filesystem, mkswap /dev/hdX1, then swapon /dev/hdX1, mke2fs /dev/hdX2 (untuk swap dan / sahaja), mke2fs /dev/hdX3 -- sekiranya lebih dari 2 partition, dah siap mountkan partition tersebut, mount -t ext2 /dev/hdX2 /mnt dan sekiranya ada partition untuk /usr dan /var mountkan partition berikut -- mount -t ext2 /dev/hdX3 /mnt/var -- mke2fs /dev/hdX4 /mnt/usr. Bila dah selesai skang masukkan cdrom yg korang dah burnkan pkej CRUXWALL tu tadi kemudian type -- mount /dev/(cdrom drive korang) /mnt/cdrom, kemudian -- cd /mnt/cdrom, then extractkan source CRUXWALL tu dgn type command -- tar xzpfv cruxwall.tar.gz -C /mnt, Ok bila dah selesai ikut process berikutnya.
- 6 - edit file fstab mengikut keperluan korang..
- 7 - edit file lilo.conf -- vi /mnt/etc/lilo.conf
- 8 - edit file rc.conf -- vi /mnt/rc.conf
- 8 - mount -t devpts devpts /mnt/dev -- mount -t proc proc /mnt/proc -- mount -t sysfs sysfs /mnt/sysfs -- mount -t tmpfs tmpfs /mnt/tmp -- cd /mnt -- lilo -v -C etc/lilo.conf -r /mnt, kemudian reboot dan selamat berjaya.. apa2 pertanyaan sila email aku kat thenone@bsdmail.org okeh....
nanti aku sambung lagi... ini untuk test preview jerk dulu